Tuesday, 10 May 2011

Apabila DSLR bertemu Adobe Photoshop


Bagai irama & lagu dua benda yang sukar dipisahkan begitu juga dengan DSLR dengan Adobe Photoshop yang saling memerlukan antara satu sama lain. Se langkah aku di sini lagi nak berkongsi tentang teknik penggunaan Adobe Photoshop(AP). Adobe Photoshop dicipta untuk memanipulasi atau menghasilkan sesuatu gambar biasa menjadi luar biasa. Lebih kurang macam mana nak cantik kan lagi gambar yang kita shoot pakai kamera atau apa2 gambar.Dari pengalaman aku tentang photoshop, mula-mula aku belajar cuma guna AP CS3 sahaja. Tetapi sekarang Adobe Photoshop telah mengeluarkan software paling latest sekali adalah CS5. Bagi aku lebih sesuai dengan CS3, nak kata pro takda la sangat kalu ikut rating 5 aku cuma 2setengah jew..kira ok la..mula-mula nak belajar memang zero abis & tak tahu apa-apa langsung. Berbekal semangat ingin belajar aku mula survey dekat youtube & laman web cuba praktikan kemahiran dari asas. Pada awal-awal memang susah nak faham sebab banyak benda nak kena tahu. Korang faham2 jew la. Lama-kelamaan aku berjaya menguasai asas yang penting bagi menguasai photoshop selama beberapa bulan gak. Untuk menghasilkan sesuatu karya menggunakan AP kita jangan takut untuk meniru gaya ataupun hasil karya orang lain atau apa2 pun, seni tidak menghalang kita untuk meniru sebab dari situ lah kita akan timba ilmu dalam menghasilkan sesuatu karya yang lebih baik & berkualiti.


Contoh gambar yang telah di edit..
 
Gambar asal
Gambar yang telah siap di edit


Monday, 9 May 2011

DSLR pertama aku

Assalamualaikum...Se langkah aku di sini hendak berkongsi serba sedikit pengalaman aku tentang Dslr ataupun Digital Single Lens Reflex menjadi kegilaan masa sekarang. Aku memang telah dilahir berjiwa seni sejak kecil lagi..aku mula minat dalam bidang fotografi nie sejak 6 tahun yang lepas, kamera pertama aku beli adalah canon kompak menggunakan film dibeli pada tahun 2003, selepas itu aku cuba try pulak digital kamera jenama sony.


Akhirnya aku telah membuat keputusan untuk membeli DSLR pertama yang dibeli pada bulan lepas iaitu canon 1100d ataupun rebel T3 pengganti model lama canon 1000d sesuailah untuk pemula macam aku, pada awalnya aku berminat nak beli nikon d3100, pastu entah macam mana aku boleh pulak jatuh cinta model terbaru canon 1100d sesuailah untuk aku yang baru untuk menceburi bidang fotografi .
Banyak gak aku dengar pasal keburukan model terbaru canon nie pada awalnya, tapi aku tak kisah sangat apa orang lain nak kata sebab yang penting adalah hasil karya dan kemahiran yang kita perolehi nanti. Pada mulanya aku memang tak tau sangat pasal fotografi nie boleh dikatan zero, setelah sebulan aku survey dalam internet berbekal ilmu sedikit pasal ilmu fotografi dengan otai2 jadi aku cuba praktikan sendiri..inilah hasil gambar yang tak seberapa aku tembak menggunakan DSLR aku..

 Trial pertama menggunakan teknik macro




 
Gambar pemandangan & sunset aku ambil di jeti Umbai




Gambar awam & matahari

 


sempat shoot gambar kucing belakang rumah

Thursday, 21 April 2011

RAGAM JURUKAMERA












Awas Simbol Berikut


*Mohon izin daripada penulis blog KARENAH DUNIA untuk menyebarkan semula maklumat ini dalam blog ini untuk kepentingan bersama.

Pernahkah anda nampak simbol di atas?
Tak perasan kat mana? Biasanya ada tulis kat :

1. Bawah botol plastik
2. Bentuk segitiga
3. Dalam segitiga ada nombor
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol



JENIS PERTAMA
PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) . Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman.
Hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.



JENIS KEDUA
HDPE (High Density Polyethylene) . Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.



JENIS KETIGA
PVC bermaksud ( Polyvinyl Chloride) . Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap). Elakkan dari menggunakan bahan yang memiliki simbol ini. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita guna pembungkus jenis polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.



JENIS KEEMPAT
LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan tetapi baik untuk tempat makanan.



JENIS KELIMA
PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi . Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.



JENIS KEENAM
PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.



Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon
Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.

PANDUAN KEPADA PENGGUNA
1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.

2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)

3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.

Wednesday, 20 April 2011

Sejarah fotografi – Hassan Ibn Hassan – Father of Optic


Mungkin anda tidak pernah pun terfikir, dari mana asalnya penemuan ilmu fotografi yang serba mudah ini? Mungkin kepada anda, fotografi sekadar memetik pemicu kamera saja.
Sebenarnya, Ilmu fotografi bermula dari penemuan pengetahuan tentang ciri-ciri optik dan cahaya oleh saintis islam Iraq yang dikenali sebagai Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham . Ilmu-ilmu tentang optik ini telah dibukukan dalam tujuh jilid dan dikenali sebagai Book of Optics (Arabic: Kitāb al-Manāẓir‎; Latin: De Aspectibus or Opticae Thesaurus: Alhazeni Arabis).
Anda boleh merujuk kepada link wikipedia di atas untuk membaca sendiri penemuan ibn Al Haytham ini. Penemuan beliau telah digolongkan setaraf dengan buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Sir Isaac Newton sebagai salah satu buku yang paling berpengaruh dalam sejarah fizik, membawa kepada revolusi optik dan persepsi visual.
Sekiranya anda membaca buku-buku fotografi yang datangnya dari jurulatih-jurulatih fotografi yang datang dari amerika syarikat dan sebagainya, anda akan dapati mereka akan merujuk kepada pemikiran dan pemahaman Aristotle tentang fizik optik berbanding merujuk kepada Ibn Al Haytham. Dan seterusnya merujuk kepada penemuan saintis perancis. Malah dalam buku sains fizik dan optik barat sendiri, mereka  selalu mengenepikan Al haytham dan sumbangan beliau sebagai usaha untuk mengenepikan sumbangan saintis Islam dalam dunia ilmu.
Salah satu penemuan penting Ibn al-Haytham, beliau telah membuktikan cahaya bergerak dalam satu garis lurus, dan beliau telah bereksperimentasi dengan lensa, cermin, serakan dan pantulan. Anda akan dapat membaca huraian tentang konsep yang telah difikirkan sejak 1 millenia ini, dalam hampir kesemua buku fotografi asas, malah dalam buku-buku yang banyak membincangkan tentang teori dan applikasi cahaya dalam fotografi seperti Light Science & Magic, An introduction to Photographic Lighting.
Sekarang anda telah tahu, orang islamlah yang pertama sekali telah memecah kebuntuan dan mempelopori asas kepada ilmu fotografi ini. Sehingga kini, fotografi masih lagi tentang keupayaan kita mengamati dan menggunakan cahaya. Asas kepada fotografi masih sama seperti 1 millenia dahulu.


Rujukan lain :
Al haytham the man of experience
Camera Obscura Pertama Dibina oleh Al Haytham

Fotografi dalam Perspektif Islam

MELALUI gambar kita cepat mengenali seseorang, lebih-lebih lagi dari sudut wajah yang bukan saja memantulkan ketampanan dan keayuan, malah melukiskan watak serta sikap individu terbabit. Bagi sesetengah pihak seperti selebriti dan ahli politik, gambar memainkan peranan penting khususnya dalam meraih populariti, tetapi pada masa sama, gambar juga men jatuhkan maruah seseorang dalam sekelip mata. Secara umum gambar adalah satu medium komunikasi yang sangat berpengaruh dan kerana itu hari ini kita dibanjiri dengan pelbagai jenis dan bentuknya, termasuk yang bersifat fitnah, kurang sopan dan berunsur lucah. Bagaimanapun, Islam mengharamkan gambar kurang sopan dan berunsur lucah, tidak kira ia datang dalam bentuk apa sekali pun, sama ada hasil daya kreativiti melalui kemahiran tangan, media cetak mahupun elektronik. Tetapi apakah pengharaman mengenainya terhenti setakat itu saja? Bagaimana dengan yang lain, misalnya gambar dihasilkan melalui teknik fotografi, lukisan potret, anak patung mainan dan ukiran berupa makhluk?

Al-Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a yang berkata: “Rasulullah s.a.w kembali dari pelayaran dan saya menutup sehelai kain di dinding yang padanya ada gambar lukisan.
“Apabila Rasulullah s.a.w melihat gambar itu, serta-merta bertukar warna wajahnya, lalu berkata: ‘Wahai Aisyah! Se berat-berat seksa yang diterima oleh seseorang daripada Allah pada hari kiamat ialah orang yang cuba meniru rupa makhluk Allah.’
“Selepas mendengar ancaman Rasulullah itu saya pun mengambil kain lukisan itu dan saya potong-potongkan untuk dijadikan kain alas bantal.”
Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, hadis terbabit menunjukkan peng haraman gambar dan patung, sama ada ia berbentuk, ber bayang, dibuat untuk diagungkan atau tidak kerana semua itu penyerupaan dengan penciptaan Allah.
Cuma, katanya, yang dikecualikan daripada gambar tadi iaitu melukis gambar seperti pohon dan rumah iaitu yang tiada roh padanya.
Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari daripada Said bin Abul Hasan, katanya: “Pernah pada suatu hari aku berada di majlis Ibnu Abbas r.a, tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki lalu berkata: ‘Hai Ibnu Abbas! Sesungguhnya aku ini, mata pencarianku daripada kerja seni tanganku dan aku membuat gambar-gambar dan patung-patung itu, apa ka tamu?’
Lalu Ibnu Abbas menjawab kepada orang yang bertanya itu: “Aku tidak akan memberitahumu melainkan apa yang aku sendiri mendengar daripada Rasulullah s.a.w sebagai ja wapanku.
“Aku mendengar baginda berkata: ‘Sesiapa yang meng gambar suatu gambar (patung yang berjisim), sesungguhnya Allah akan menyeksanya sehingga dia dapat meniupkan roh padanya sama sekali.’”
Mendengar jawapan Ibnu Abbas, orang itu kelihatan sangat gelisah kerana tidak senang mendengar jawapan terbabit dan berasa tersinggung.
Ibnu Abbas berkata lagi kepadanya: “Celaka engkau! Ki ranya engkau mesti menggambarkan atau melukis juga, buatlah gambar-gambar pepohon, gambar pemandangan dan apa saja gambar yang tidak mempunyai roh.” (Hadis riwayat Bukhari)
Menurut Abdullah, dibenarkan juga daripada jenis patung permainan untuk kanak-kanak kerana tiada padanya tujuan untuk mengagungkan atau menimbulkan bangga diri dan sombong.
Ini sebagaimana diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim da ripada Aisyah, Ummul Mukminin r.a yang berkata: “Dahulu pernah aku bermain anak-anak seperti juga anak-anak pe rempuan yang lain di sisi Rasulullah s.a.w.
“Kemudian datang kepadaku teman-temanku dan mereka sentiasa bersembunyi daripada Rasulullah s.a.w kerana takut kepadanya, padahal Rasulullah berasa gembira melihat me reka datang untuk bermain-main denganku.”
Di dalam riwayat Abu Daud pula, Nabi s.a.w berkata kepada Aisyah suatu hari: “Apa ni?” Jawab Aisyah: “Ini anak-anak perempuanku.” Kata baginda lagi: “Apa yang di tengah-te ngah ini?” Jawabnya: “Kuda.”
Tanya baginda: “Apa ini yang di atasnya?” Jawabnya: “Dua kepak.” Kata baginda: “Kuda ada dua kepak?” Jawabnya: “Apakah kau tidak pernah dengar yang (Nabi) Sulaiman bin Daud ada kuda yang berkepak?”
Nabi s.a.w pun ketawa geli hati, sehingga kelihatan gigi-gigi gerahamnya.”
Asy-Syaukani berkata: “Ternyata dari hadis ini ada dalil yang membolehkan kita memberikan anak-anak kecil patung permainan yang berupa, umpamanya bentuk pengantin suami isteri.”
Tetapi Imam Malik meriwayatkan pula, makruh bagi orang lelaki membelikan anak patung untuk anak perempuannya.
Al-Qadhi Iyadh berkata: “Bermain anak patung yang ber bentuk anak perempuan untuk anak perempuan adalah harus.”
Abdullah berkata, antara hal yang menarik perhatian kita, apabila gambar ini bertujuan bukan untuk dibesar-besarkan dan tidak sempurna bentuknya, ia halal dan boleh di manfaatkan.
Mengenai gambar dengan alat fotografi, iaitu kamera, beliau mengatakan secara menyeluruh termasuk dalam nas yang mengharamkan, melainkan gambar yang wajib dan memang ketara kebaikannya.
Ini seperti gambar untuk kad pengenalan, pasport, gambar orang jahat dan orang yang dituduh disebabkan semua ini termasuk dalam kaedah umum yang mengatakan darurat itu mengharuskan yang dilarang.
Bagi Pensyarah Kanan di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, fotografi sebagai medium komunikasi tidak jatuh dalam kategori gambar yang di larang.
Menurutnya, Nabi s.a.w memang mengutuk orang yang membuat gambar dan ukiran yang melambangkan patung kerana ia membawa kepada syirik, selaras dengan kaedah usul fiqah (prinsip perundangan Islam) sesuatu yang membawa kepada haram ia adalah haram.
Tetapi, katanya, fungsi fotografi hari ini tidak jatuh kepada kategori terbabit, malah sesetengah ulama yang dahulunya mengecam keras fotografi kemudian menukar posisi terhadap hukum berkenaan.
“Malah, mereka juga membenarkan gambar mereka diambil untuk disiarkan dalam akhbar, syarahan melalui rakaman video dan pembentangan.
“Sebelum ini mereka hanya membenarkan dalam kes pengecualian seperti urusan pasport, lesen memandu dan sebagainya.
“Perubahan pandangan mereka terhadap fotografi adalah berasaskan penilaian mereka ke atas peranan fotografi,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, seseorang tidak boleh membuat kenyataan yang semua fotografi adalah halal (dibenarkan).
“Ia bergantung kepada penggunaan dan fungsinya. Jika ia untuk tujuan pendidikan serta tidak dicemari dengan tujuan sanjungan dan penyembahan, ia tidak dilarang,” katanya.
Sementara itu, menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, melalui bukunya Halal dan Haram Dalam Islam, menghasilkan gambar dengan alat fotografi (kamera), yang paling dekat dengan jiwa syariat Islam dalam permasalahan ini ialah dibolehkan dan jika tidak pun hukumnya jatuh makruh.
“Itupun kalau gambar yang diambil tidak termasuk gambar yang diharamkan oleh Islam seperti gambar yang me nampakkan tempat sulit kaum wanita atau lelaki yang boleh menimbulkan fitnah atau menggambarkan lelaki sedang bercium-ciuman dengan wanita atau seumpamanya,” katanya

Gambar Manusia Pertama di Dunia

Gambar hitam putih yang menunjukkan seorang budak lelaki sedang mengilat kasut pelanggannya di Perancis dipercayai merupakan gambar fotografi menunjukkan aksi manusia pertama di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar tersebut dirakamkan oleh perintis dunia fotografi, Louis Daguerre pada tahun 1838 di Boulevard du Temple di Paris, Perancis.
Ia diketahui wujud sejak lama dahulu tetapi mencetuskan minat di Internet baru-baru ini selepas beberapa ahli akademik dari Universiti Rochester mendakwa gambar fotografi manusia pertama dirakamkan di Cincinnati, Amerika Syarikat (AS) pada 1848.
Daguerre merakamkan gambar di Paris itu dengan menggunakan teknik daguerreotype (sempena namanya) yang memerlukaan pendedahan selama beberapa minit untuk membentuk imej di atas satu kepingan perak.
Kawasan Boulevard du Temple itu sibuk dengan orang ramai.
Namun, dalam gambar itu cuma terdapat seorang lelaki dan pengilat kasut.
Keadaan itu berlaku kerana budak pengilat kasut dan lelaki berkenaan di kawasan itu yang tidak bergerak untuk jangka masa agak lama sekali gus membolehkan imej mereka tertera pada gambar itu.
Imej lelaki tersebut dikesan oleh seorang penulis blog, Gig Thurmond dalam blognya, The Hokumburg Goombah, yang mendakwa gambar itu adalah gambar fotografi pertama di dunia yang menunjukkan aksi manusia.

Sumber : Kosmo